Wednesday, 11 August 2021

Definisi Hukum Nun Mati Dan Tanwin

 

Definisi hukum nun mati dan tanwin 

 

Apakah maksud nun mati?

    • -Nun mati bermaksud huruf nun (ن (yang bertanda sukun di atasnya,ia kekal sama ada dari segi bacaan dan tulisan. 

• Selaim itu,ia juga tetap wujud pada ketika menyambung atau berhenti bacaan padanya. 

• Ia berada pada pertengahan atau hujung isim,fi’il dan harf. 

• Contohnya :





Apakah maksud tanwin?

• Tanwin ialah baris dua yang bertindih yang berada pada huruf. 

• Tanwin hanya wujud dari segi baccan tetapi ia tidak wujud dari segi tulisan dan pada ketika berhenti bacaanya. 

• Tanda tanwin ialah baris dua di atas,baris dua di bawah dan baris dua di hadapan. 

• Contohnya :






Cara bacaannya bergantung kepada huruf apa yang bertemu dengan nun mati atau tanwin.

 Terdapat lima jenis hukum bagi nun mati dan tanwin.Antaranya :


-Ikhfa Hakiki 

-Izhar Halqi            

-Idgham Bi La Ghunnah

 -Idgham Maal Ghunnah                

-Iqlab 


1.   Ikhfa Hakiki (إخفاء حقيقي)

➢ Ikhfa hakiki bermaksud menyembunyikan. 

➢ Apabila huruf ikhfa hakiki bertemu dengan nun mati atau tanwin,haruslah dibaca dengan dengung. ➢ Ikhfa hakiki mempunyai sebanyak 15 huruf iaitu (ت/ث/ج/د/ذ/ز/س/ش/ص/ض/ط/ظ/ف/ق/ك) 

➢ Apabila 15 huruf digabungkan ia akan menjadi satu rangkai (ستجز صدك فسق ضطظ شذ ) iaitu kata 

➢ Contohnya :

 



2.    Izhar Halqi (إظهار حلقي)

➢ Izhar Halqi bermaksud jelas.

➢ Apabila huruf izhar halqi bertemu dengan nun mati atau tanwin,haruslah dibaca dengan jelas tanpa dengung. 

➢ Izhar halqi mempunyai sebanyak 6 huruf iaitu (ه/خ/ح/غ/ع/أ( 

➢ Apabila 6 huruf ini digabungkan menjadi satu rangkai kata (أغح خعه ) iaitu 

➢ Contohnya :




KESALAHAN KETIKA MENYEBUT IZHAR HALQI

 KESALAHAN KETIKA MENYEBUT IZHAR HALQI 1.Membaca dengan saktah antara nun/tanwin dengan huruf izhar halqi 

2.Membaca secara qalqalah (huruf seperti beranak atau jettak lidah ketika menyebut huruf nun) 

3.Dengung sehingga 2 harakat Al-idgham menurut bahasa : Memasukkan sesuatu ke dalam sesuatu. 

Menurut istilah ilmu tajwid : memasukkan huruf pertama yang bertanda sukun ke dalam huruf kedua yang berbaris dan menjadi kedua duanya satu huruf bersabdu dari jenis huruf yang kedua. . نون )ن( . ياء )ي( . راء )ر( . ميم )م( . الم ) : enam ada idgham Huruf• )ل( . واو )و • Apabila 6 huruf ini digabungkan ia akan menjadi satu rangkai ن‘ يرملون’ iaitu kata. 

• Apabila nun sukun atau tanwin bertemu dengan salah satu huruf idgham yang enam,maka ia wajib diidghamkan ke dalam huruf idgham. 

• Mengidghamkan nun sukun/tanwin pada huruf idgham yang enam,adalah kerana terdapat persamaan makhraj dan sifat pada huruf nun,dan persamaan sifat dan berhampiran makhraj bagi huruf mim,dan berhampiran makhraj dan sifat bagi huruf huruf yang lain. 

• Dalam Al quran Rasm “Uthmani” bacaan idgham nun sukun tidak diberi tanda sukun di atasnya,dan menggunakan tanwin baris dua di atas ( ً ( dan di bawah ( ٍ ) ,dimana baris kedua dibawah menyimpang (tidak berselarian) dari baris di atas,dan baris dua dihadapan berbentuk dua huruf wau kecil berturut-turut ( ٍ ٍ ),untuk menunjukkan hukum bacaannya idgham.


  3. Idgham Bi La Ghunnah (إدغام بلا غنة)

   ➢ Idgham bi la ghunnah bermaksud memasukkan tanpa dengung. o Ia juga dinamakan idgham kamil ( كامل ادغام ( ertinya memasukkan secara sempurna keseluruhan sifat dengung dan makhraj nun sukun dan tanwin telah dihilangkan dalam huruf . راء )ر( . الم )ل) :dua hurufnya,kamil idgham

 

➢ Dalam alquran rasm uthmani kedua – dua huruf ini diberi tanda sabdu di atasnya untuk menunjukkan hukum bacaannya idgham kamil.

 

➢ Terdapat satu syarat pada idgham:hendaklah ia terdiri daripada dua kalimah,dimana huruf nun sukun berada di akhir kalimah pertama,diikuti huruf idgham berada di awal kalimah kedua.

 

➢ Jika huruf nun sukun bertemu huruf idgham dalam satu kalimah,maka bacaannya wajib diizharkan,bacaan izhar ini dinamakan izhar mutlaq مطلق اظهار, kerana ia tidak dikaitkan dengan halqi (halkum) atau syafah (bibir mulut).

 

➢ Dalam alquran terdapat nun sukun bertemu dengan huruf wau(و (dan ya’(ي )dalam satu kalimah hanya empat kalimah sahaja : قنوان . بنين . الدنيا, .صنوان •

 

➢ Dan bacaan izhar mutlaq ini pada nun sukun bertemu dengan huruf wau (و (berlaku dalam dua kalimah hanya terdapat pada dua tempat ن والقلم dan يس والقرءان الحكيم :alquran dalam sahaja

 

➢ Idgham bi la ghunnah mempunyai 2 huruf iaitu (ر/ل(

 

➢ Contohnya :




4.Idgham Maal Ghunnah (إدغام مع الغنة)

➢ Idgham maal ghunnah bermaksud dengung. 

➢ Apabila huruf idgham maal ghunnah bertemu dengan nun mati atau tanwin, haruslah di baca dengan dengung. 

➢ Idgham maal ghunnah mempnyai 4 huruf iaitu (ن/م/و/ي( 

➢ Apabila 4 huruf ini digabungkan ia akan membentuk satu rangkai kata iaitu (يومن( 

➢ Contohnya :





 5.Iqlab (إقلاب)

        

➢ Iqlab bermaksud menukarkan sesuatu kepada sesuatu. 

➢ Apabila huruf iqlab bertemu dengan nun mati atau tanwin, haruslah di baca dengan dengung. 

➢ Iqlab hanya mempunyai satu huruf iaitu (ب( 

➢ Apabila nun sukun atau tanwin bertemu dengan huruf iqlab,maka ia wajib ditukarkan menjadi mim pada lafaz bacaan dan tidak pada tulisan. 

➢ Kemudian diikhfa’kan di sisi huruf yang berikutnya iaitu huruf ba ( ),maka perlu mengekalkan sifat dengungnya dengan sempurna sebanyak 2 haraakat. 

➢ Contohnya : 









Definisi Hukum Nun Mati Dan Tanwin

  Definisi hukum nun mati dan tanwin     Apakah maksud nun mati?     • -Nun mati bermaksud huruf nun (ن (yang bertanda sukun di atasny...